Isnin, 21 Februari 2011

Muzik Zaman Pertengahan (450 S.M. - 1450 S. M.)



      
       Bermula pada  sekitar 450 tahun dahulu, empayar Rom diintegrasikan dan telah menyaksikan zaman kegelapan pada zaman tersebut dimana  penghijrahan, pergolakan dan peperangan kian berleluasa. Pada zaman pertengahan (Middle Ages) juga adalah masa pertumbuhan atau perkembangan budaya . Contohnya golongan Katolik Rom terdiri daripada para biarawan dan biarawati sekitar tahun (1000 sm-1150 sm) termasuk kuwujudan golongan agama Gothik sekitar tahun (1150-1450). Manakala pembangunan bandar turut bermula termasuk Universiti untuk perkembangan pendidikan mereka pada masa itu.


Rajah 1: Seni bina dari kesenian Rom
                        
                            
      Pada zaman pertengahan juga telah tercetusnya Perang Salib antara orang Kristian Eropah antara tahun (1096-1291). Perang tersebut tercetus bertujuan daripada orang Kristian Eropah yang hendak melindungi Jurusalem daripada jatuh ke tangan orang beragama Islam.

      Masyarakat pada zaman pertengahan (Middle Ages)  terdiri daripada 3 kelas sosial yang utama iaitu kaum Bangsawan, Petani dan orang bawahan. Masing masing mempunyai tugas tersendiri dan semasa peperangan tercetus, kaum lelaki orang Bangsawan menjadi pahlawan tempat peperangan,kaum wanita pula menguruskan tanah ladang dan menjaga rumah sewa serta menguruskan orang sakit. Selepas peperangan pula para bangsawan menghiburkan diri mereka dengan berburu, mengadakan festival dan pertandingan sesama mereka.Manakala golongan petani pula adalah golongan masyarakat yang teramai sekali pada zaman pertengahan tersebut dan biasanya tinggal di rumah dalam hutan disamping para biarawan pula menguasai sistem pendidikan.
   
                           
     Rajah 2: Seni bina daripada kesenian Rom               Rajah 3: Contoh manuskrip notasi muzik Gregory
     
       Pada abad ke-14 pula, masyarakat Eropah telah mengalami penderitaan akibat peperangan selama Seratus Tahun yang bermula pada tahun 1337 sehingga 1453 (1337 sm-1453 sm) dan diikuti dengan tragedi pembunuhan hitam sekitar tahun 1350 selepas Masehi  dimana telah mengorbankan satu perempat daripada populasi masyarakat Eropah pada masa itu sehinggalah sekarang, keadaan telah berubah mengikut perubahan masa dimana kedua-dua sistem Feudal dan sistem kuasa Gereja semakin lemah dan berkurangan.

      Zaman Pertengahan (Middle Ages) merupakan zaman bermulanya perkembangan muzik di Eropah. Ketika ini suasana politik Eropah dikuasai oleh gereja-gereja yang bertanggungjawab ke atas penggunaan dan perkembangan muzik semasa. Manakala pemuzik yang amat terkenal pada zaman pertengahan juga adalah terdiri daripada biara-biara yang bekerja dalam gereja. Pendidikan pada masa itu  adalah mengutamakan lelaki daripada wanita dan diuruskan oleh gereja itu sendiri. Bagi wanita pula mereka tidak dibenarkan menyanyi termasuk di dalam gereja tetapi boleh menghasilkan atau mencipta muzik gereja.Sebagai contoh wanita atau digelar biarawati iaitu  Hildergard of Bingen (1098-1179) adalah salah seorang biarawati yang terkenal pada masa itu. Beliau menghasilkan muzik untuk nyanyian koir didalam gereja dan telah dibukukan.

      Hampir 1000 tahun muzik untuk orang keturunan Katolik Rom dilagukan secara suara (vokal) iaitu sebagai nyanyian gereja. Dalam muzik Gregory mengandungi bahasa Latin dan dinyanyikan tanpa iringan alat muzik serta hanya untuk keagamaan sahaja. Selain daripada itu, muzik Gregory juga dinamakan sebagai Gregory sempena nama Pope Gregory I yang mengubahsuai semula sistem gereja dari tahun (590 sm-604 sm) . Kelebihan muzik Gregory adalah memberi ketenangan pendengarnya terutama kepada biarawan dan biarawati gereja dan diwarisi secara turun temurun.


       Dalam kata lain, Muzik Gregory adalah berbeza daripada muzik lain yang dinamakan sebagai mode gereja yang menggunakan skala major dan minor dimana ianya mengandungi tujuh notasi yang berbeza. Skala mode gereja ada terdapat di dalam video yang disediakan bertajuk Alleluia: Vidimus Stellam( We Have Seen His Star) seperti diatas.


Muzik Zaman Pertengahan


         Sebelum kewujudan semangat orang Kristian, Masyarakat pada zaman Greek dahulu memulakan penggunaan penulisan notasi muzik dengan menggunakan sistem persuratan yang dinamakan sebagai Sistem Skala. Sistem Skala ini ditemui tercatat dalam manuskrip masyarakat pada zaman Greek. Pada abad ke 16, terdapat ilmuan yang mengetahui dan menemui sitem skala ini. Contohnya, penulis zaman latin Boethius telah mengakses dokumen tersebut.

                                                         Rajah 2: Contoh Simbol Keagamaan                             

         Terdapat beberapa orang ilmuan mempercayai bahawa masyarakat Greek menyedari bahawa Sistem Egypt digunakan untuk menulis simbol Cheironomy. Sebagaimana yang kita tahu terdapat dua orang ilmuan terkenal iaitu Pythagoras dan plato. Sejak dari itu Egypt telah menjadi pusat pendidikan yang terkenal. Tambahan lagi, tidak terdapat bukti yang kukuh yang mengatakan ilmuan yang terdapat di zaman Pertengahan menyedari bahawa Sistem Greek adala menggunakan sistem tulisan. Manakala Sistem Skala yang digunakan pada zaman itu juga mempunyai perkaitan rapat dengan Sistem Skala masyarakat Greek.


Ciri- Ciri  Muzik Gregory ( Gregorian Chant)


2.1 Muzik Gregory ( Gregorian Chant)



           Hampir seribu tahun muzik rasmi untuk masyarakat Rom Katolik dibukukan sebagai Muzik Gregory (Gregorian Chant) yang mengandungi melodi yang sudah disetkan sebagai Teks dalam bahasa Latin (sacred Latin) tanpa sebarang muzik iringan.Melodi yang terdapat dalam muzik Gregori pada zaman pertengahan bertujuan menambahkan lagi pengetahuan masyarakat Rom bahawa muzik Gregory ini adalah sebahagian daripada amalan keagamaan mereka. Hal ini adalah kerana muzik Gregory telah disetkan untuk upacara keagamaan mereka sendiri. Tetapi selama berabad kemudian, Muzik Gregory tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Roman Katolik.
         Muzik Gregory (Gregorian Chant) mempunyai karakter yang tersendiri membuatkan ia begitu unik dikalangan masyarakat Roman Katolik. Ini adalah kerana muzik Gregory ini memberikan ketenangan kepada setiap pendengarnya pada zaman pertengahan, dengan kata lain ianya muzik yang berkualiti kerana menunjukkan suara gereja itu sendiri.Rentak muziknya jugak adalah fleksibel tanpa meter tetapi tidak mempunyai rentak yang tepat disebabkan oleh nilai masa yang tidak dicatatkan di dalamnya. Muzik ini juga adalah mudah dan hanya mempunyai satu notasi sahaja.
         Di samping itu juga, muzik Gregory dinamakan sebagai Gregorian Chant adalah sempena nama Pope Gregory I, beliau adalah pengasas kepada Gereja Roman Kaltolik semasa zaman pemerintahannya pada tahun 590 sebelum masehi hingga 604 sebelum masehi. Sebagai contoh muzik Gregory yang diamalkan ialah Singing of Psalms yang asalnya daripada orang Yahudi dihasilkan antara tahun 600 sebelum masehi sehingga 1300 sebelum masehi.
        Muzik Gregory (Gregorian Chant) pada mulanya diturunkan secara warisan dari nenek moyang mereka, tetapi saban tahunsemakin banyak muzik Gregory dihasilkan. Awal penemuan manuskrip muzik Gregory ditemui pada abad ke-9 dan komposer yang terkenal dalam penghasilan muzik Gregory adalah Sculptors yang memperkenalkan awal zaman pertengahan pada masa tersebut.
        Manakala para biara dan biarawati banyak menghabiskan masa mereka dengan menyanyi muzik Gregory (Gregorian Chant) dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk office dan mass. Setiap bentuk dinyanyikan dalam bahasa Latin. Dalam bentuk khidmat Office mempunyai lapan jenis khidmat manakala Mass pula adalah untuk upacara keagamaan seperti makan terakhir (Last Supper).

Mode Gereja

         Dengan kata lain, Muzik Gregory adalah muzik yang menggunakan skala muzik yang tidak biasa  digunakan oleh komposer pada zaman pertengahan tersebut. Skala yang digunakan dikenali sebagai Mode Gereja (Church Modes). Contonya seperti skala Major dan skala Minor. Mode Gereja ini mengandungi tujuh tone yang berbeza dan lapan tone yang lain di gunakan dalam oktave yang tinggi. Selain itu, Mode Gereja(Church Modes) ini juga adalah hanya skala yang asas sahaja ketika zaman pertengahan dan Zaman Kegelapan dan digunakan dalam muzik untuk keagamaan mereka sendiri. Sebagai contoh muzik The Cantey ‘What Shall We Do with the Drunken Sailor? Dan muzik ini adalah dalam skala mode Dorian.

        Contoh Muzik Gregory (Gregorian Chant)  yang terkenal pada zaman pertengahan adalah Alleiluia : Vidimus Stellam (We Have Seen His Star). Muzik ini adalah berasal daripada muzik Gregory daripada Mass untuk festival keagamaan iaitu festival Epiphany. Perkataan Alleiluia berasal daripada bahasa Latin daripada masyarakat Yahudi bermaksud Tuhan Mereka dan dinyanyikan secara teks sahaja.Manakala tone muzik Gregory ini adalah lebih mengekspresikan kegembiraan dan keagamaan mereka terhadap Tuhan mereka dan mengandungi Monofonik. Penyanyi solo dan kumpulan koir juga menyanyi secara unison sahaja dan biasanya muzik Gregory ini adalah dalam bentuk A B A .

         Contoh kedua Muzik Gregory adalah bertajuk O Successors (You successors), di hasilkan oleh komposer wanita pertama pada zaman pertengahan iaitu Hildergard of Bingen ( 1098-1179). Hildergard adalah salah seorang wanita pertama yang mempunyai bakat dan kreatif dan berpersonaliti yang menarik pada zaman pertengahan. Beliau bergiat aktif dalam bidang keagamaan di samping bekerja sebagai pegawai diplomatik. Sepanjang hidup beliau telah menulis sajak dan muzik, teologi, sains dan perubatan tidak lupa juga berjaya menghasilkan drama muzikal yang bertajuk Ordo Virtutum( Play of the Virtue), mengisahkan tentang peranan nilai moraliti.

          Hildergard of Bingen juga adalah komposer wanita pertama yang berjaya menghasilkan karya yang banyak termasuk muzik monofonik dan muzik keagamaan. Muzik ciptaannya O Successores dihasilkan untuk dinyanyikan oleh para biarawati dan banyak memuji tentang tuhan mereka. Muzik ini juga dinotasikan dalam manuskrip sebagai melodi tanpa iringan muzik lain dan melodi dinyanyikan oleh wanita atau biarawati di gereja.




2.2 Muzik Sekular Pada Zaman Pertengahan

        Selain daripada pengaruh Muzik Gregory di sepanjang zaman pertengahan, terdapat juga muzik yang luar daripada gereja. Muzik Sekular dan tarian mempunyai pengaruh sedikit daripada abad ke-13 oleh Teologian iaitu Henri de Malines, beliau mengisahkan hidup beliau sebagai pelajar muda di Paris. Henri juga mempunyai bakat bermain alat muzik di samping terkenal dengan nyanyian secara monofonik dalam pelbagai bahasa. Beliau turut menghasilkan sajak dan melodi yang berkualiti.

           Muzik sekular juga menarik kerana notasinya dihasilkan sebelum abad ke-12 dan ke-13 oleh ilmuan Perancis yang dikenali sebagai troubadors dan trouveres. Di antara pemuzik yang terkenal pada masa itu ialah troubadors Guillaume IX yang berasal dari utara Perancis.
         Sebanyak 1, 650 muzik masih di kekalkan sehingga kini. Notasi muzik sebenar tidak ditunjukkan secara spesifik tetapi meter biasa yang digunakan dalam muzik Gregory ada di gunakan dalam muzik sekular ini. Pada zaman pertengahan juga terdapat segolongan seniman yang mengembara turut menjalankan kegiatan muzik seperti melakukan akrobatik dalam istana, rumah awam dan di bandar-bandar. Pada kebiasaannya, para pengembara ini menyanyikan lagu yang di cipta oleh orang lain dan memainkannya dengan diiringi muzik instrumental seperti harp, biola dan lutes ( alat muzik bertali yang dipetik).


 Contoh Muzik Sekular

Muzik Estampie di abad ke-13

        Muzik Estampie adalah salah satu muzik  tarian pada zaman pertengahan adalah muzik terawal yang masih mengekalkan bentuk muzik yang diiringi oleh instrumental dan mempunyai melodi tanpa iringan alat muzik lain. Melodi muzik Estampie ini juga biasanya dimainkan dengan alat muzik seperti Rebec (alat muzik bertali seperti violin) dan Pipe ( alat muzik berbentuk batang paip). Manakala para pemuzik yang mengembara pula kemungkinan telah mengubahsuai muzik asal dan memainkan sendiri muzik tarian Estampie ini. Contoh muzik Estampie adalah seperti dalam video yang ditunjukkan di bawah.



Perkembangan Muzik Polifoni (Organum)
         Selama berabad, muzik Barat secara asasnya adalah dalam bentuk Monofoni iaitu muzik tanpa iringan bunyi alat muzik lain, Tetapi, antara tahun 700 sebelum Masehi sehingga 900 sebelum Masehi, langkah pertama telah di ambil dalam revolusi yang telah berlaku secara tidak langsung mengubah muzik Barat. Manakal nyanyian koir para Biara dan Biarawati mula menambah masuk melodi lain dalam muzik Gregory (Music Gregory) iaitu menggunakan notasi selang 4 dan 5 (interval in 4th and 5th, Do sehingga Fa dan dari Do sehingga Sol).

         Muzik pada zaman pertengahan mengandungi muzik Gregory (Gregorian Chant) dan mengandungi lebih daripada satu muzik iringan yang dikenali sebagai Organum dan telah menjadi organum yang berbentuk Polifoni serta menambahkan melodi pada notasi asal. Notasi Organum ini bergerak secara unison sahaja berbanding muzik Gregory dan kadangkala melodinya adalah contrats atau berbeza daripada muzik chant (nyanyian) yang mempunyai pergerakan notasi muzik ke atas dan ke bawah.

         Manakala baris melodi yang kedua semakin lebih berdikari tanpa iringan notasi muzik lain sekitar tahun 1100 sebelum Masehi dan pada akhirnya dua baris melodi boleh dibezakan dari segi ritma dan bentuk melodinya tersendiri. Secara faktanya, semakin muzik chant (nyanyian) bergerak secara perlahan dan kurang diamalkan lagi, ianya semakin kurang dikenali pada zaman pertengahan lagi.

Sekolah Notre Dame
         Selepas tahun 1150 sebelum Masehi, para intelektual dan artistik di bandar besar Eropah telah menjadi pusat muzik Polifoni. Sebagai contoh, di universiti Paris telah menarik ilmuan dan penghuni Sekolah di Notre Dame dalam memperkembangkan lagi muzik Polifoni tersebut. Terdapat dua orang ketua nyanyian koir di Sekolah Notre Dame iaitu Leonin dan Perotin. Mereka adalah antara komposer utama yang terkenal di sekolah tersebut.
        Sekitar tahun 1170 sebelum Masehi sehingga 1200 sebelum Masehi, komposer di Sekolah Notre Dame mengembangkan inovasi ritma iaitu pada awalnya muzik Polifoni kemungkinan di persembahkan secara bebas menjadi muzik yang mempunyai ritma yang teratur. Leonin dan Perotin telah mendefinisikan dengan jelas kiraan masa dan meter dalam muzik tersebut. Pertama kalinyadalam sejarah muzik notasi dapat di jelaskan nada dan ritma yang betul dan sesuai.
        Sejurus dengan itu, para pendengar di zaman moden kadangkala mendapati muzik berbentuk Polifoni pada zaman pertengahan adalah ringkas dari segi notasinya. Pada zaman pertengahan juga triad kerap kali digunakan dan muzik Polifoni semakin dikenali. Sebagai contoh muzik bertajuk Alleluia: Nativitas, ditukis oleh Perotin pelajar di Sekolah Notre Dame.

Leonin

        Leonin juga dikenali sebagai Leonins, Leoninus atau Leo adalah komposer terpenting dalam perkembangan muzik Polifonik Organum. Beliau berasal dari Perancis dan tinggal sambil bekerja di Paris dalam institusi bernama Notre Dame dan merupakan ahli yang terawal memasuki institusi tersebut. Nama Leonin adalah sempena nama 'Leoninus' dalam bahasa Latin bermaksud Leo.

          Berdasarkan sumber, latar belakang Leonin diketahui melalui  tulisan seorang pelajar sekolah Notre Dame itu sendiri iaitu bernama Anonymous IV, lelaki Inggeris yang telah menulis satu wacana berkaitan teori tentang  Léonin sebagai penggubah Magnus Liber, "buku yang menarik". Kebanyakan daripada Magnus Liber ditumpukan untuk clausulae—melismatic bahagian-bahagian muzik Gregory yang mana telah dikeluarkan menjadi helaian yang berasingan di mana nilai-nilai nota asal lagu diperlahankan dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
     
          Léonin juga adalah penggubah pertama yang menggunakan cara corak berirama dan mencipta satu notasi untuk para pelajar Notre Dame yang lain. Menurut tulisan W.G. Waite pada tahun 1954, ia adalah pencapaian terbaik Léonin kerana memperkenalkan satu sistem  ritma ke dalam muzik polifoni buat kali pertama dan telah wujudkan satu kaedah tatatanda ritma yang ekspresif.


           Magnus Liber adalah bertujuan untuk proses doa dalam upacara keagamaan. Menurut Anonymous IV, "Magister Leoninus (Léonin) adalah penggubah paling halus dan telah menghasilkan karya buku yang menarik. Kesemua Magnus Liber adalah untuk dua suara dan tidak semestinya dimainkan oleh pemuzik solo sahaja. Berdasarkan seorang Ahli Muzik yang bernama Craigh Wright, Léonin adalah merupakan seorang penyair yang terkenal di Paris.



Perotin





          Terdapat sebuah karya daripada Alleluia nativitas Pérotin (1200), mengatakan bahawa Perotin adalah seorang penggubah Eropah dan menetap di Perancis. Beliau menetap di Perancis sekitar penghujung tahun ke-12 dan permulaan abad ke-13. Beliau juga merupakan ahli muzik yang paling terkenal sekolah Notre Dame. Sumber daripada testimoni seorang pelajar Inggeris tanpa nama di Notre Dame yang dikenali sebagai Anonymous IV, yang menulis mengenainya dan pendahulunya Léonin. Anonymous IV memanggil beliau "Perotin Magister", bermaksud "Pérotin induk atau pakar. Perotin juga dikenali sebagai Johannes de Garlandia, bermaksud Perotinus sama seperti Leoninus, memperolehi darjah magister artium di Paris.  ncis Pérotin, kecil Pierre. Kecil mungkin satu tanda penghormatan dikurniakan oleh rakan-rakan sekerjanya.

          Pérotin menghasilkan organa iaitu muzik polifoni terawal di Eropah seperti Gregorian dan jenis-jenis lain lagu, telah monofon. Dia mempelopori gaya-gaya alat triplum dan alat quadruplum (tiga dan polyphony empat bahagian)  malah Sederuntnya principes dan Viderunt omnes adalah termasuk dalam kumpulan alat muzik organa quadrupla.



2.3 Seni Muzik Baru (New Art Music)

          kemunculan seni muzik baru ini (New Art Music) adalah berikutan daripada peristiwa kematian hitam yang telah mengakibatkan kelemahan sistem feudal dan sistem Gereja. Hasil karya muzik di abad ke-14 ini lebih menekankan sensualiti keduniaan berbanding hal keagamaan.

          Berdasarkan keadaan dan situasi seperti tidak mengejutkan lagi kerana muzik sekular menjadi semakin penting berbanding muzik dalam abad ke-14. Para komposer menghasilkan muzik Polifoni tidak berpandukan lagi Muzik Gregory (Gregorian Chant) termasuk semua lagu dan hasil karya muzik seperti 'Dogs Barks' dan 'Hunters'. mereka mengadaptasi jeritan suara anjing melalak dan suara pemburu ke dalam hasil muzik baru (Nwe Art Music) di abad ke-14.

           Pada awal abad ke-14, sistem notasi muzik baru yang telah di ubahsuai membolehkan komposer mengenalpasti bentuk ritma yang lebih berkualiti. Manakala tempo dan meter  boleh dibahagikan kepada dua atau tiga bentuk. Selain daripada itu, sinkopasi semakin jarang digunakan pada awalnya tetapi semakin penting dalam penggunaan latihan ritma. Perubahangaya muzikal pada abas ke-14 mendedahkan bahawa para ahli teori merujuk kepada muzik Italy dan Perancis disebabkan seni muzik baru ini dibukukan di dalam bahasa Latin.


Komposer


Francesco Landini

          Francesco Landini (1397) adalah salah seorang komposer Itali yang terkenal pada abad ke-14. Beliau dilahirkan berdekatan dengan Bandar Florence dan tinggal menetap bekerja sambil meluangkan seluruh sisa hidupnya di situ. Francesco Landini adalah seorang yang kurang upaya kerana buta sejak kecil lagi. Landini juga adalah seorang pemain alat muzik Organ, ilmuan, penyair dan pelopor utama yang menghasilkan alat muzik bertali baru yang terkenal.

        Pada abad ke-14 juga muzik diilustrasikan dalam hasil karya muzik Francesco Landini yang mengandungi lagu Itali dalam dua atau tiga gabungan suara dan mengaitkan hasil lagu dengan alam semulajadi dan perasaan cinta kepada nilai moral dan politik. Contoh hasil karya muzik beliau seperti ditunjukkan di dalam video dibawah.




        Hasil muzik Francesco Landini yang bertajuk Ecco la Primavera 9Spring has come) merupakan salah satu karya terkenal  hasil ciptaan beliau pada abad ke-14.  Muzik ini adalah muzik bebas untuk gabungan dua suara dan mengekspresikan situasi kegembiraan menyambut musim bunga. Ritmanya bermula daripada hasil sinkopasi yang dimasukkan dalam hasil karya beliau. Hasil muzik ini juga dikenali sebagai muzik Ballata iaitu berasal daripada perkataan puisi Itali dan bentuk muzik tarian.




Guillaume de Machaut

       Guillaume de Machaut( sekitar tahun 1300 sebelum Masehi sehingga tahun 1377 sebelum Masehi) adalah salah seorang pemuzik dan pemuisi yang terkenal pada abad ke-14. Beliau dilahirkan di Preancis dan menuntut ilmu teologi dan banyak menghabiskan masa beliau dengan berkhidmat kepada keluarga diraja.

       Sekitar tahun 1323, beliau telah menjadi setiausaha kepada Raja Bohemia bernama Raja John. Beliau bertanggungjawab mengiringi Raja Bohemia mengelilingi seluruh Eropah dan pada akhirnya Guillaum de Machaut telah tinggal menetap di Reims tempat dimana beliau berkhidmat sebagai pegawai rasmi gereja.


      Machauts mengembara ke merata tempat dan mempersembahkan hasil karya muzik dan puisi beliau yang indah kepada orang atasan pada abad ke-14. Hasil karya tersebut telah menjadikan beliau sebagai salah seorang komposer pertama yang hasil kerjanya masih dikenali sehingga kini . Selain daripada itu, hasil kerja Guillaum de Machaut juga berunsurkan perasaan cinta dan mempersembahkannya. Salah satu hasil karya muzik beliau yang terkenal sehingga kini ialah Notre Dame Mass berkaitan dengan gereja pada abad ke-14.




        Hasil karya muzik ini mengisahkan tentang diri Machaut  ketika berusia 60 tahun, beliau jatuh hati kepada seorang wanita rupawan dan berasal daripada golongan atasan bernama Peronne. Selam beberapa tahun beliau menulis surat  dan puisi khas di tujukan kepada wanita tersebut. Tetapi akhirnya menemui kekecewaan kerana cintanya tidak berhasi dan pada akhirnya rasa cinta beliau yang tidak pernah berubah dan berkekalan di bukukan menjadi sebuah puisi yang bertajuk 'Le Livre Dou Voir Dit' ( The Book of The True Poem, 1363-1365).



Contoh hasil karya muzik lain yang terkenal pada abad ke-14 juga ialah seperti muzik gereja yang Bertajuk Notre Dame Mass dan Agnus Dei seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.



         Notre Dame Mass hasil karya Guillaum de Machaut ini juga merupakan salah satu hasil karya beliau yang terkenal dalam upacara keagamaan dalam gereja. Dalam upacara keagaamn dalam gereja ini juga mengandungi upacara lain iaitu Kyrie, Gloria, Credo, Sanctus dan Agnus Dei. Muzik Notre Dame ini ditulis untuk dinanyikan oleh empat suara dalam kumpulan nyanyian koir.




          Hasil karya muzik yang bertajuk Agnus Dei ini adalah bertujuan untuk upacara keagamaan dan untuk keamanan. Muzik ini ditulis dalam meter tigaan dan mempunyai ritma yang kompleks. Hasil muzik Agnus Dei ini adalah berpandukan muzik Gregory (Gregorian Chant) kerana Guillaum de Machaut telah mengubahsuai bentuk ritma kepada suara tenor.








Kesimpulan

        Sebagai kesimpulannya, zaman pertengahan merupakan salah satu man yang terpenting yang tercatat dalam sejarah dunia dan wajib diketahui oleh semua generasi muda. Hal ini adalah kerana kita boleh mengetahui asal usul muzik itu sendiri dan bagaimana perkembangan muzik itu berlaku sehingga terwujudnya muzik pelbagai genre muzik yang sedia ada pada masa kini.

       Bagi generasi yang amat berminat dalam bidang muzik, mereka patut mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana muzik mula diceburi dan sebab -sebab kemunculannya. Hal ini adalah amat penting terutamanya kepada bakal guru muzik yang bakal bertanggungjawab dalam memastikan para pelajar yang mengmbil muzik sebagai pilihan kerjaya dalam hidup mereka berjaya dengan tunjuk ajar para guru muzik pada masa kini sehinggalah sekarang.









Rujukan

W.G.Waite: The Rhythm of Twelfth-Century Polyphony: its Theory and Practice. Yale Studies in the History of Music, New Haven, 1954.


Music in the medieval world by Albert Seay Second Edition, prentice hall history of music Series, prentice hall, inc., englewood cliffs, New Jersey

Music of the middle ages style and structure by David Frenwick Wilson, 1990 by Schirmer Books A Division of Macmillan, Inc

Music in the middle ages with an introduction on the music of Ancient Times by Gustave Reese, 1940, by w.w. Norton &Company, Inc, New York, N. Y.


Music An appreciation Ninth Edition, Roger Kamien, Zubin Mehta Chair in Musicology, Emeritus, the Hebrew University of Jurusalem